Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

Diego Maradona mungkin menjadi inspirasi kejayaan Argentina di Piala Dunia 1986, namun beliau merasakan Lionel Messi mampu melakukan prestasi yang lebih besar, dan telah mencabar Pemain Terbaik Dunia itu untuk mempimpin skuad negaranya di Afrika Selatan.

Perdebatan tentang apakah Lionel Messi akan menyaingi jurulatih antarabangsa Argentina itu dan menjadi mungkin pemain terbesar dalam sejarah telah meningkat hasil kejayaannya musim ini, dengan 47 gol dalam semua persaingan untuk Barcelona.

Messi mungkin telah dikritik kerana gagal untuk mengulangi kehebatannya di kelab untuk Argentina, tapi Maradona mempunyai harapan besar dari anak didik yang masih muda ini dan telah mendesaknya untuk menginspirasi para pemain di sekitarnya apabila perlawanan Piala Dunia bermula.

Maradona melakukan hal sama ketika dia memukau dunia 24 tahun yang lalu di Mexico, dan merasa Messi berada pada tahap yang lebih tinggi ketika ini.

"Messi lebih baik dari saya di Piala Dunia '86," kata Maradona Sport. "Dia pemain terbaik di dunia dan jauh lebih baik berbanding dengan orang lain.

"Pada 86, di Mexico, saya melakukannya dengan bola, saya kembangkan dan rakan pasukan saya mengikuti. Sekarang saya telah menjelaskan hal yang sama dengan Leo untuk melakukannya di Afrika Selatan dan dia sudah mengerti.

"Ini adalah tuah kerana Leo dilahirkan di Argentina dan saya boleh melatih dia. Siapa yang tidak mahu memahami hakikat ini, itu adalah masalah mereka.

"Messi sangat sedar bahawa rakan sepasukan berharap dia menjadi inspirasi. Dia harus menjadi pemimpin dengan menggunakan bola .. Kita perlukan dia untuk menjadi contoh pemimpin dalam skuad dan di padang.

"Dia harus menjadi pemimpin bola. Ketika kami bermain bola sepak dan bola tidak melewati Messi, kemudian bola melewati saya, tapi saya tidak boleh bergerak maka kita di jalan yang salah."

BlogMalaysia.com

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic