Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

Manchester City telah melancarkan tawaran berani untuk David Silva dan tiga bintang yang lain di La Liga.

Chief Executive City Garry Cook bertemu dengan Presiden Valencia Manuel Llorente di Sepanyol tadi malam untuk membincangkan tentang Silva setelah sebelumnya mengadakan perbincangan dengan Real Madrid mengenai Gonzalo Higuain, Rafael van der Vaart dan Fernando Gago.

Cook memberitahu Llorente bahawa City bertekad untuk menandatangani Silva dengan nilai £25juta, yang juga menjadi sasaran Manchester United dan Liverpool.

Sebagai tanda pembelanjaan besar City, beliau juga bertemu Pengarah Real Jorge Valdano dan Pengarah Sukan Miguel Pardeza untuk membincangkan Higuain, Van der Vaart dan Gago.

Real terbuka untuk menawarkan trio itu untuk membantu membiayai perancangan sasaran Jose Mourinho di Liga Perdana untuk mendapatkan Ashley Cole dan Steven Gerrard.

City hampir menandatangani pemain tengah Gago pada bulan Januari dan juga mengenalpasti penyerang Higuain, yang menjaringkan gol terbanyak Real di La Liga musim lalu dan kini sedang berselisih faham tentang kontrak dengan kelab Sepanyol itu.

Mereka kini menambah Van der Vaart ke dalam senarai perbelanjaan mereka, yang juga dalam pemerhatian Sir Alex Ferguson, dan perancang Belanda itu tidak melihat ada masa depan di Real.

Comments (6)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Diorang buat pelaburan besar nampaknya.....
1 reply · active 780 weeks ago
Nampak gayanye mcm tu lah....hehe
My recent post Jose: Saya berminat menguruskan Rooney
makin banyak duit keluar..
kaya betul hehe
My recent post Ibu pejabat HPA bernilai 54 juta
1 reply · active 780 weeks ago
Klu diorg layak ke Champions League aritu, confirm ramai giler bintang nak masuk :)
My recent post Jose: Saya berminat menguruskan Rooney
jangan masuk city..... city macam kem tentera. haha
1 reply · active less than 1 minute ago
mana tau? penah masuk ke?hehe
My recent post Arsenal tolak tawaran Barcelona secara formal

Post a new comment

Comments by

BlogMalaysia.com

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic