Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Zainol Padzi Paharuddin, berkata perlawanan itu diadakan bagi menyemarak semangat program Perak Amanjaya Fiesta 2010.
Katanya program ini juga diadakan sempena program ‘Sorakan 1 Malaysia 1 Dunia’ dianjurkan sempena Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, Jun depan.
“Kita mahu mengembalikan nostalgia terhadap sukan bola sepak serta pemain yang pernah menjulang nama negara di persada antarabangsa.
“Kita harap anak muda akan hadir melihat dengan lebih dekat wajah bekas bintang bola sepak negara,” katanya.