Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

Steven Gerrard menegaskan Liverpool tidak berhasrat untuk membenarkan Chelsea menang di Anfield demi mengelakkan Manchester United bergelar juara.

Chelsea mendahului Manchester United dengan kelebihan satu mata dan berbaki dua perlawanan sahaja. Seandainya mereka mengutip tiga mata di Anfield, Chelsea masih perlu mengalahkan Wigan di tempat sendiri untuk menjamin kejuaraan. Sekiranya mereka mencicirkan sebarang mata, United akan memadamkan rekod kejuaraan EPL Liverpool sebanyak 18 kali seandainya mereka mengalahkan Sunderland dan Stoke.

Dengan kemenangan Manchester City dan Tottenham, peluang Liverpool untuk mengintai kedudukan keempat dilihat sangat tipis dan ini mendorong spekulasi bahawa Liverpool akan menyerah kalah supaya dapat mengelakkan United juara.

Bagaimanapun, Gerrard menegaskan semua pemain akan memberikan komitmen penuh dalam perlawanan Ahad ini agar dapat menamatkan saingan musim dengan kemenangan.

2 comments

  1. Abd Rahim Says:
  2. Go The Blues!!! hehehe

     
  3. mie Says:
  4. never walk alone!!!
    go liverpool..
    hehheee

     

BlogMalaysia.com

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic