Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

Cesc Fabregas telah mengatakan hari ini kepada Arsene Wenger bahawa dia berhasrat untuk berhenti daripada Arsenal.
Pemain tengah Sepanyol itu mengadakan perbincangan dengan Wenger mengenai masa depannya hari ini dan berkata kepada pengurus Arsenal dia ingin pergi.

Fabregas sudah mengatakan dia ingin masa depannya di Emirates diputuskan sebelum Piala Dunia, meskipun dia masih mempunyai baki kontrak empat tahun lagi ketika ini.

Wenger ingin pemain yang dia tandatangani daripada pasukan ramaja Barcelona untuk komited selama dua tahun lagi di Arsenal, tetapi sebaliknya dia menerima berita yang sangat ditakuti semua peminat Arsenal.

Barcelona bersedia untuk membayar £30 juta untuk pemain itu, tetapi Arsenal mahukan lebih daripada itu dan ini akan menjadi batu halangan bagi hasrat Fabregas.