Juara Liga Premier Chelsea telah membuat langkah pertama dalam percubaan menandatangani penyerang Liverpool itu musim panas ini.
Dengan hirarki Chelsea mereka percaya bahawa mereka akan dapat menewaskan pesaing dari Manchester City dan kelab luar yang lain untuk membawa masuk pemain Sepanyol itu.
City juga tertarik dan bersedia membayar tetapi tidak dapat menawarkan Liga Juara-Juara.
Ini akan menjadi rekod perpindahan paling sensasi dalam sejarah Liga Inggeris, dan menjadi rekod baru untuk jual beli antara dua kelab.
Tapi pemilik Chelsea Roman Abramovich bersedia untuk membiayai peruntukan besar pada perpindahan musim panas ini untuk mendapatkan gelaran Liga Juara-Juara.
Abramovich percaya pengurus Chelsea Carlo Ancelotti - yang akan menghadapi Portsmouth dalam perlawanan Piala FA hari ini- adalah orang yang tepat untuk membawa kelab maju ke hadapan.
Ancelotti minggu ini mengakui bahawa ia adalah peminat besar Torres, hanya 24 jam selepas Didier Drogba juga mengatakan pemain Sepanyol sangat sesuai bergandingan dengannya di Chelsea.
Chelsea tetap kelab kaya walaupun baru-baru ini mereka enggan untuk menghabiskan peruntukan besar di pasaran dan mereka yakin bahawa mereka juga boleh membeli Torres.
Torres terlepas aksi akhir musim setelah menjalani pembedahan lutut, tetapi yakin akan cergas untuk Piala Dunia.
Tapi dengan masalah pemilikan Liverpool, situasi pengurusan dan prospek jangka panjang tidak jelas, Chelsea percaya bahawa mereka mungkin boleh membawa masuk Torres dalam apa yang akan dilihat sebagai kesepakatan penurunan harga salah satu pemain terbaik di dunia.
Torres, disebabkan kecederaan dan masalah kewangan Liverpool dan keperluan kewangan, mungkin akan pergi dengan bayaran yang jauh kurang dari £ 80j rekod yang dibayar Real Madrid kepada Manchester United untuk Cristiano Ronaldo musim panas lalu.