Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

Pemain tengah Liverpool Yossi Benayoun telah membuat kenyataan tidak pasti tentang masa depan di Anfield walaupun menandatangani kontrak bersama kelab Julai lepas.


Ikatan Benayoun tamat pada 2013 tetapi dia telah kuat dikaitkan dengan perpindahan keluar daripada Liverpool ketika pintu perpindahan Januari, dan laporan telah dikaitkan semula di mana dia ingin keluar musim panas ini.

Ini menjadi musim paling sukar buat Liverpool, dengan nasib masa depan kelab yang tidak menentu.

Spekulasi mengatakan pengurus Liverpool Rafael Benitez akan pergi ke Juventus pada musim panas ini, sementara kelab sedang mencari pemilik baru yang akan menggantikan pemergian Tom Hicks dan George Gillet.

Sementara itu Benayoun mengakui dia tidak pasti akan berada di kelab musim hadapan, dia menegaskan jika diberi pilihan dia ingin kekal di Anfield sehingga tamat karier.

"Adalah sangat sukar untuk berkata tentang musim hadapan," kata Benayoun. "Kita tidak tahu apa perubahan yang akan berlaku kepada pemain, staf juga fikir adalah terlalu awal untuk berkata. Saya secara peribadi tidak tahu sama ada akan berada di sini atau tidak ada di sini. Banyak perkara boleh berlaku, jadi kita harus tunggu dan lihat."

"Ini tidak ada kaitan dengan masa depan Benitez. Saya gembira setiap saat di sini. Jika semua bergantung kepada saya, saya ingin tinggal dan bersara di Liverpool. Penyokong pula adalah yang terbaik di dunia dan semua bergantung kepada banyak perkara. Segalanya akan jelas tidak lama lagi dan kita harus melihat dalam masa beberapa minggu lagi."

"Apabila anda berada di kelab besar, adalah normal jika sesuatu perkara buruk berlaku akan memberi tekanan kepada pengurus, kerana anda tidak boleh tukar kesemua pemain. Tetapi ada pihak yang menentukan. Saya tidak mahu bercakap bagi pihak Rafa kerana beliau sudah membuktikan dirinya pengurus besar ketika tempoh masa di sini. Pihak atasan akan tentukan keputusan untuk kelab."

2 comments

  1. yo87 Says:
  2. hrm,rasanya benayoun akan stay kt liverpool. next season liverpool nk overhaul team diorng. masak la sape yg x perform. hehe

     
  3. Tokabaut Says:
  4. yerp...sudah tentu perubahan besar perlu dilakukan=)

     

BlogMalaysia.com

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic