Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

Showing posts with label Julio Cesar. Show all posts
Showing posts with label Julio Cesar. Show all posts

Penjaga gol Brazil Julio Cesar yakin pasukannya bersedia untuk ke peringkat selanjutnya dalam Piala Dunia selepas perlawanan mereka menentang Portugal dan menamatkan saingan Kumpulan G tanpa kalah.

Setelah menang melawan Korea Utara dan Ivory Coast, Canarinha disekat seri tanpa gol oleh skuad Carlos Queiroz, keputusan yang menjamin Brazil tamat di atas kumpulan - dua mata beza dengan Portugal.

Brazil sekarang akan menghadapi Chile dan Julio Cesar yakin ini akan menjadi ujian sulit kerana dia berkata: "Sekarang tahap baru dan lebih rumit dalam kejohanan sudah bermula dan saya yakin bahawa Brazil akan bersedia."

Dia menambah: "Kami telah melakukan apa yang kami harapkan setakat ini dan sekarang kami harus fokus satu perlawanan pada satu masa dan terus memperbaiki permainan setiap perlawanan."


LAGI BERITA
* Philipp Lahm: Wayne Rooney ibarat bom
* Ferdinand: Pemain England perlu ingat papan tanda 5-1

BlogMalaysia.com

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic