
Penyerang Atletico Madrid, Diego Forlan memusnahkan impian Liverpool untuk ke perlawanan akhir Piala UEFA.
Bekas penyerang Manchester United itu yang menjaringkan satu-satunya gol dalam perlawanan pertama sebelum ini, menjaringkan lagi gol kemenangan dalam mata tambahan.
Masa tambahan diberikan setelah Alberto Aquilani menjaringkan gol buat Liverpool dan menjadikan agregat 1-1. Sambung mata tambahan, Yossi Benayoun menjaringkan gol kedua Liverpool pada minit ke 95 sebelum Forlan menjarinkan gol buat Atletico pada minit ke 102.
Walaupun agregat terikat sama 2-2, namun Atletico layak ke perlawanan akhir menerusi kelebihan gol di tempat lawan.

Penyerang Atletico Madrid dan Argentina, Sergio Aguero dilaporkan telah bersetuju untuk berhijrah ke Chelsea mengikut sumber ESPNsoccernet.
Pengurus atasan kelab Liga Perdana Inggeris itu berkata jumlah perjanjian yang termeterai adalah £40m.
Aguero sudah semakin hampir menyertai Chelsea apabila pintu perpindahan Januari ini dibuka, tetapi pengurus Chelsea Carlo Ancelotti menegaskan beliau yakin skuadnya mampu memenangi liga tanpa pelaburan yang besar dan nilai yang diletakkan untuk Aguero pada awalnya dilaporkan bernilai £50m.
"Chelsea adalah kelab yang hebat," kata Aguero. "Mereka telah menjadi satu pasukan yang digeruni di Eropah dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. London juga merupakan bandar yang sangat menakjubkan untuk didiami -saya dan isteri pasti gembira di sana."
Aguero -telah bermain dengan Atletico sejak 2006- telah dikaitkan dengan Diego Maradona dari segi cara permainan. Menariknya, walaupun beliau bertunang dengan anak perempuan Maradona, beliau masih berjuang untuk mendapatkan tempat dalam senarai pengurus Argentina iaitu Maradona sendiri menuju ke Piala Dunia.

Penyokong kelab Manchester United dikerah supaya melakukan demonstrasi kepada pemilik kelab iaitu keluarga Glazer dengan tidak memperbaharui tiket musim mereka.
Disebabkan Glazer menegaskan mereka tidak akan menjual kelab Manchester United kepada konsortium Red Knights atau pembeli lain yang berpotensi, Pertubuhan Penyokong Bebas Manchester United (Imusa) telah menulis kepada penyokong-penyokongnya agar tidak memperbaharui tiket mereka.
Idea ini timbul supaya aliran tunai Glazer akan terjejas dengan sangat buruk sekiranya pemegang tiket bermusim tidak memperbaharuinya sehinggalah berlaku pengambalihan kelab ataupun dengan membeli tiket mengikut perlawanan yang berlangsung.
United mempunyai 55,000 pemegang tiket bermusim dan bancian awal yang dilakukan mendapati sebanyak 59% daripadanya sudah bersetuju untuk memboikot.
Demonstrasi ini dilakukan disebabkan keluarga Glazer meninggalkan hutang yang terlalu tinggi kepada United.

Kapten Chelsea, John Terry menegaskan beliau tidak berdepan dengan sebarang masalah untuk membimbing pasukannya menentang Liverpool pada Ahad ini. Beliau berkata demikian sebagai membalas kritikan sesetengah pihak kepadanya sejak kebelakangan ini.
Terry sebelum ini telah dilucutkan jawatan sebagai kapten England oleh Fabio Capello atas masalah peribadi beliau.
Pemain berusia 29 tahun itu berkata, beliau sudah bersedia untuk bermain menentang Liverpool setelah dikenakan penggantungan menentang Stoke sebelum ini. Perlawanan ini dilihat sebagai penentu kejuaraan EPL musim ini antara Chelsea dengan Manchester United. Chelsea yang kini berkelebihan satu mata di atas United tidak boleh tercicir sebarang mata lagi dengan baki perlawanan hanya tinggal 2 perlawanan.
Bekas pemain Manchester United, Christiano Ronaldo mengakui beliau bersedia untuk berhijrah lagi ke kelab lain. Apabila ditanya, beliau tidak percaya untuk menjadi seorang pemain yang berkualiti, seseorang pemain perlu kekal lama dalam satu-satu pasukan.
"Bola sepak adalah ibarat putaran roda," Ronaldo memberitahu kepada The Daily Star.
"Apabila anda sudah mencapai segalanya dalam sesuatu pasukan, anda harus tukar -inilah yang berlaku kepada saya dengan Manchester United.
"Saya mahukan bolasepak yang berbeza dan jaringan gol yang berlainan, dan saya sangat gembira dengan keputusan yang telah dibuat."
"Saya menunggu beberapa tahun untuk bermain bersama Real Madrid, tetapi saya tidak nampak untuk terus kekal sehingga umur 40. Anda berada dalam banyak pasukan sebagai putaran."
Brazil melangkah ke Piala Dunia, Afrika sebagai pasukan di ranking pertama dunia setelah mengambil tempat yang dipegang oleh Sepanyol sebelum ini. Ranking ini telah diumumkan oleh FIFA pada hari Rabu.
Walaupun berhadapan dengan prestasi terumbang-ambing, Argentina berjaya melonjat dua anak tangga di tempat ke 7 manakala Portugal di tempat ke 2 dunia.
Lonjakan Argentina menyebabkan England di bawah kendalian Fabio Capello turun di tempat ke 8 manakala Perancis di kedudukan 10 dunia.
Lain-lain keputusan menyaksikan Belanda di kedudukan 4, Itali 5, Jerman 6 dan Crotia 9.
Jose Mourinho mencatat sejarah peribadi apabila berjaya membawa pasukan bimbingannya, Inter Milan ke perlawanan akhir Juara-juara Liga. Ini adalah kali kedua beliau berjaya ke perlawanan akhir setelah kali pertama membawa pasukan Porto dan sekaligus menjuarai piala pada musim tersebut.
Perlawanan timbal balik yang berlangsung di Nou Camp pada awal pagi tadi berkesudahan dengan kekalahan bergaya Inter Milan 0-1 kepada Barcelona. Namun, kemenangan 3-1 mereka sebelum ini memberikan kelebihan dengan agregat 3-2.
Inter Milan akan bertemu dengan Bayern Munich pada perlawanan akhir yang akan berlangsung di stadium Bernabeu, Real Madrid pada 22 Mei nanti.
Perlawanan timbal balik Champions League antara Barcelona dengan Inter Milan akan berlangsung pada pukul 2:45 pagi waktu Malaysia.
Semestinya Maurinho tidak akan mengsia-siakan kelebihan mereka dalam perlawanan sebelum ini dengan kemenangan 3-1.
Barcelona pula selaku juara bertahan sudah pasti akan bermain bermati-matian untuk mempertahankan piala yang dimenangi pada musim lepas. Barcelona dilihat sebagai sebuah pasukan yang mampu mencipta kejutan di gelanggang sendiri apabila mengalahkan Arsenal sebelum ini.
Pasukan yang berjaya melangkah ke perlawanan seterusnya akan bertemu Bayern Munich di peringkat akhir di Stadium Bernabeu, pada 22 Mei nanti.





