Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

Jose Mourinho mencatat sejarah peribadi apabila berjaya membawa pasukan bimbingannya, Inter Milan ke perlawanan akhir Juara-juara Liga. Ini adalah kali kedua beliau berjaya ke perlawanan akhir setelah kali pertama membawa pasukan Porto dan sekaligus menjuarai piala pada musim tersebut.

Perlawanan timbal balik yang berlangsung di Nou Camp pada awal pagi tadi berkesudahan dengan kekalahan bergaya Inter Milan 0-1 kepada Barcelona. Namun, kemenangan 3-1 mereka sebelum ini memberikan kelebihan dengan agregat 3-2.

Inter Milan akan bertemu dengan Bayern Munich pada perlawanan akhir yang akan berlangsung di stadium Bernabeu, Real Madrid pada 22 Mei nanti.