Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

Oleh: Tokabaut
The dive by Arsenal's Emmanuel Eboue against Manchester United 
earned a yellow from referee Mike Dean

Berlakon secara peribadi saya merasakan tidak menjadi suatu masalah. Itu bukanlah satu penipuan. Jika digelar menipu, dribble juga merupakan penipuan terhadap pemain lain untuk melepasi halangan. Ini kerana dalam peraturan FIFA, watak yang boleh berada di atas padang untuk mencukupkan syarat bermain bola adalah 11 pemain tuan rumah, 11 pemain lawan, pengadil dan bola. Padang merupakan ibarat pentas lakonan yang terdiri daripada empat watak tersebut. Sekiranya salah satu daripada mereka tiada di atas padang, maka pengadil berhak untuk tidak memulakan perlawanan. Sebaliknya, sekiranya ada watak lain yang masuk ke dalam padang termasuklah penjaga garisan, maka pengadil berhak untuk memberhentikan perlawanan.

Atas sebab itu, saya amat bersetuju gol Darrent Bent musim lalu ketika menentang Liverpool tidak sepatutnya dibenarkan disebabkan terkena belon yang masuk ke dalam padang. Pengadil sepatutnya berhentikan perlawanan dan tidak mengambil kira gol tersebut.

Mengulas mengenai lakonan pemain di atas padang yang menyebabkan pengadil tertipu, sebenarnya agak kejam untuk menggelarkan seseorang pemain itu menipu. Definisi yg paling tepat dalam hal ini adalah "menggunakan kesempatan". Mereka menggunakan kesempatan di atas kelemahan sistem yang ada.


Pengadil merupakan sebahagian daripada sistem permainan yang mempunyai kelemahan. Ini kerana mereka adalah manusia. Maka, selagi FIFA menggunakan manusia sebagai pengadil maka pemain berhak mengambil kesempatan atas kelemahan yg ada pada mereka. Berlakon sakit walaupun tidak bukanlah suatu masalah.

Ini kerana di dalam peraturan FIFA menyatakan bahawa sekiranya pemain menerjah pihak lawan, mereka berhak diberikan kad. Tidak pula dinyatakan sekiranya pemain menerjah pihak lawan dan pemain itu merasa kesakitan baru layak dilayangkan kad. Jadi, dalam hal ini, mana-mana pemain seperti Ronaldo, Ballack, Eboue, Mascherano dan lain-lain yang sering berlakon adalah untuk mengambil kesempatan atas kelemahan pengadil. Ini kerana pengadil juga merupakan salah satu daripada sistem yg beroperasi di atas padang. 

Sekiranya pengadil tidak boleh dimanipulasikan, maka sewajarnya apabila sepakan pemain terkena pengadil, maka seharusnya permainan dihentikan kerana telah mengganggu permainan. Namun disebabkan mengikut peraturan permainan boleh diteruskan seperti biasa, maka ini bermakna kesilapan daripada pengadil yang berdiri di tempat salah itu bukanlah menjadi kesalahan dalam bola sepak dan pengadil adalah sebahagian daripada watak yang boleh berada di atas padang ketika perlawanan berlangsung. Bezanya dengan lakonan pemain yang menyebabkan pengadil tertipu adalah:

1) Sepakan yg terkena pengadil adalah merupakan kesilapan "Zahir" atau luaran pengadil yang kadang-kala berdiri di tempat yg tidak sesuai. Kesilapan pengadil ini boleh dilihat dengan mata kasar. Ini kadang-kala memberi kelebihan kepada pasukan yang menyerang, tetapi kadang-kala memberikan kekecewaan kerana bola melantun ke pihak lawan.
2) Sepakan percuma yang diberikan hasil lakonan pemain adalah merupakan kesilapan "Batin" atau dalaman yang disebabkan mereka tidak melihat insiden itu dengan jelas. Ini adalah kesalahan mereka kerana membenarkan pemain mengambil kesempatan atas kelemahan mereka sendiri yang tidak melihat sesuatu insiden dengan lebih jelas.


Selain mengambil kesempatan atas kelemahan pengadil, sesetengah pemain yang sering berlakon pula bukan untuk mengambil kesempatan ke atas kelemahan pengadil itu tetapi sebaliknya untuk mengelakkan dirinya acap kali diterjah oleh pihak lawan. Sebagai pemain yang lincah, adalah normal untuk menjadi tugas pihak lawan mengawal mereka dengan lebih ketat. Kawalan ini sering kali akhirnya mengundang kecederaan dan seterusnya menjejaskan karier mereka. Oleh itu, lakonan terpaksa dilakukan supaya pihak lawan lebih berhati-hati dalam melakukan terjahan kepada mereka. Ini kerana akhirnya kelebihan tetap memihak kepada mereka apabila pengadil memberi sepakan percuma mahupun sepakan penalti. Buktinya, Cristiano Ronaldo tidak pernah mengalami kecederaan sepanjang tempoh dia berada di Manchester United.

Kesimpulannya, selagi sistem pengadilan masih menggunakan manusia sebagai pengadil, maka pemain berhak untuk mengambil kesempatan daripada kelemahan yang ada untuk mendapat kelebihan kepada diri sendiri. Bukankah pengadil sendiri kadang-kala juga melakukan kesilapan dalam membuat keputusan sehingga menafikan hak pemain? Maka, ini adil untuk pemain pula yang mendapatkan kelebihan daripada kelemahan pengadil memandangkan pengadil bukan sentiasa sempurna keputusannya. Melainkan sistem pengadilan ini telah diubah kepada sistem robotik dan komputer yang menghasilkan sifar kesilapan terhadap setiap keputusan, maka setiap orang berhak mempunyai pendapat tersendiri sama ada boleh berlakon dalam permainan ataupun tidak.

BlogMalaysia.com

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic