Assalamualaikum wbt
Memandangkan blog ini dinamakan Tokabaut atau sebenarnya Talk About, jadi tidak salah untuk saya sebarkan maklumat-maklumat selain bola sepak. Kali ini saya tertarik untuk mengulas video ini.
Apabila ia adalah sebuah hukum atau ucapan zikrullah, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan atau menyebutnya di tempat yang tidak sewajarnya. Nabi SAW bersabda :-
ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب
Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari dengan Fathul Bari, Bab Hifdz Lisan, 11/376 , no 6477)

Sumber: www.zaharuddin.net
Amat menyedihkan apabila melihat remaja Islam kini semakin terpesong daripada ajaran Islam sehingga sanggup menghina Islam itu sendiri. Adalah lebih baik sekiranya mereka tidak berzikir daripada berzikir dalam cara bertujuan untuk menghina zikir itu sendiri. Ibarat seperti orang yang membaca "Bismillah" sebelum meminum arak begitu jugalah sifat yang ditonjolkan oleh remaja-remaja dalam video di atas.