Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

Uruguay berjaya menempah laluan ke separuh akhir setelah mengalahkan Ghana melalui sepakan penalti.

Sebelum itu, kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri 1-1 dan perlawanan berlanjutan ke masa tambahan. 

Gol pembukaan dijaringkan oleh Sulley Muntari 10 saat sebelum tamat separuh babak pertama. Sambung babak kedua, Diego Forlan menyamakan kedudukan melalui sepakan percuma pada minit ke 55.

Ghana berpeluang melangkah ke separuh akhir apabila dihadiahkan sepakan penalti setelah Luis Suarez didapati menggunakan tangan untuk menampan bola tandukan Adiyiah. Namun, sepakan penalti yang diambil oleh Asamoah Gyan terkena palang gol dan pengadil meniupkan wisel menandakan perlawanan ditentukan melalui sepakan penalti.

Uruguay akhirnya berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir setelah penjaga gol mereka Fernando Muslere menyelamatkan dua sepakan penalti pemain Ghana. Tamat keputusan Uruguay (4) 1 - 1 (2) Ghana.

Comments (2)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Uruguay ada peluang buat kejutan lg....
My recent post Uruguay Boleh Cipta Kejutan
1 reply · active less than 1 minute ago
boleh sahaja...aku nk Uruguay g Final=)
My recent post 7 perkara paling kontroversi Piala Dunia

Post a new comment

Comments by

BlogMalaysia.com

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic