Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

Real Madrid tidak pernah mengalah dalam usaha mereka mendapatkan bek Chelsea Ashley Cole. 

Pengurusan Madrid menawarkan pertukaran dengan Kaka kepada The Blues agar bersedia melepaskan Cole.
 
Cole dikhabarkan sudah tidak ingin lagi tinggal di England setelah mendapat tekanan daripada media mahupun peminat bola sepak tempatan. Selain menjadi tajuk utama atas perpisahannya dengan Cheryl, Cole juga sempat mendapat cemuhan dari tetamu majlis perkahwinan Sol Campbell akhir minggu lalu.

Setelah membawa Cole ke Chelsea pada tahun 2006 lalu, pengurus Madrid Jose Mourinho ingin melakukan perkara serupa. Mourinho melihat peluang untuk membawa pemain yang sempat menjadi kekuatannya di barisan belakang.

Di sudut lain, pegurus Chelsea Carlo Ancelotti telah menyatakan tidak berniat untuk melepas Cole sekalipun mendapat penawaran £30 juta. Namun, dengan adanya perkembangan baru ini, Ancelotti kemungkinan besar bakal mengubah keputusannya.

Kaka mengalami musim yang buruk bersama Madrid di tahun pertama kariernya di La Liga Sepanyol, akibat sering dihantui kecederaan. Jika ini terealisasi, maka Ancelotti akan kembali bergabung dengan pemain kesayangannya tersebut.