Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

Pengurus Arsenal Arsene Wenger memastikan bahawa beliau akan mencari untuk menguatkan pertahanan dengan menandatangani pemain baru sebelum awal musim.

Wenger ingin mencari pertahanan tengah untuk digandingkan bersama Thomas Vermaelen sebagai jantung pertahanan Arsenal dan telah membahagikan masanya di Afrika Selatan dengan mencari pemain dan mengulas untuk televisyen Perancis.

"Kami belum hampir (untuk menandatangani sesiapa) ketika ini," kata Wenger kepada website kelab. "Tetapi akan ada sesuatu yang terjadi sebelum akhir Piala Dunia – terutamanya di bahagian pertahanan.

The Gunners telah sangat dikaitkan dengan pertahanan tengah Lorient bernilai tinggi Laurent Koscielny dan dilaporkan mengajukan tawaran sebanyak £8juta.

The Gunners akan kekurangan pertahanan tengah jika Sol Campbell, William Gallas dan Mikael Silvestre gagal untuk memperbaharui kontrak mereka apabila berakhir pada hujung bulan.

Wenger mengatakan pada akhir musim lalu bahawa persembahan “biasa” Arsenal di bahagian belakang mereka menggugat pemburuan gelaran Liga Perdana pertama mereka dalam enam tahun.


LAGI BERITA
* David James dijangka main menentang Algeria
* Real Madrid & Benfica capai persetujuan untuk Angel

BlogMalaysia.com

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic