Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

Salah satu legenda bola sepak Brazil Socrates menilai pasukan Samba tidak akan menjadi juara pada Piala Dunia 2010, dan dijangkakan bakal tertatih-tatih untuk melepasi peringkat kumpulan.

Socrates menganggap kejayaan Brazil untuk sementara walaupun Kumpulan G sudah menjadikan pasukan Samba sebagai salah satu calon terbaik juara. Menurutnya, Brazil akan mengalami kesulitan ketika menghadapi Ivory Coast dan Portugal.

Bekas pemain yang mewakili Brasil dari tahun 1979 sampai 1986 itu melihat kelemahan  utama pada ketika ini terletak pada keadaan fizikal pemainnya. Dengan fizikal yang biasa sahaja, sukar bagi Brazil untuk berkata banyak.

“Saya risaukan pasukan ini. Mereka tidak berada dalam keadaan fizikal yang mantap, terutama Kaka dan Luis Fabiano, yang menjadi pemain paling penting di pasukan ini,” ungkap Socrates kepada suratkabar Daily Star.

Socrates lalu menyalahkan jurulatih Carlos Dunga yang tidak membawa Ronaldinho, Alexandre Pato, dan bek Alex ke Afrika Selatan. Keputusan Dunga tersebut akhirnya harus dibayar mahal.

“Pemain seperti Ronaldinho, Pato, dan Alex  telah ditinggalkan. Dengan kualiti yang dimiliki, mereka seharusnya berada di sini [Afrika Selatan]. Fizikal mereka jauh lebih baik dibandingkan seluruh pemain dalam pasukan Brasil,” cetus Socrates.

“Tapi Dunga sudah memilih pemain sejak lama. Saya yakin Brazil akan menderita, dan tidak mudah melepasi zon penyingkiran. Lebih buruk lagi, sukar bagi Brazil menjadi juara.”

LAGI BERITA

Comments (3)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
setuju..pato, alex & ronaldinho patut ada kat afrika..tapi kita tak tau apa percaturan dunga..dia lagi tau
1 reply · active less than 1 minute ago
tp aku suke brazil time zaman 3R jer=)
My recent post Barcelona kembali taruh minat pada Mascherano
yaya..zaman3r..rasanya zaman betul2 samba punya player..tgklah ronaldinho punya skill..aku rasa dia la samba terakhir..aku rindu la nak tgk die perform dgn brazil..dunga potong aaa

Post a new comment

Comments by

BlogMalaysia.com

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic