Hanya sembilan minit selepas masuk dari bangku simpanan, pemain 22 tahun itu, yang secara rasmi akan pindah ke Old Trafford dari Chivas dalam perjanjian £7juta bulan depan, melompat perangkap ofsaid untuk menyambut hantaran Rafael Marquez, mengelirukan penjaga gol Hugo Lloris dan dengan tenang melepaskan sepakan ke jaring.
Penyerang veteran Cuauhtemoc Blanco melengkapkan kemenangan dengan gol penalty pada minit ke 79.
Itu adalah kemenangan pertama Mexico ke atas Perancis di peringkat atasan dan tidak kurang daripada itu mereka sememangnya layak mendapat kemenangan setelah penampilan penuh semangat dan penghasilan serangan mantap.
LAGI BERITA
* Highlight Video South Africa vs Uruguay 0-3
* Sambutan liar penyokong Chile