Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

Bukan hanya kalangan penjaga gol yang mengeluh prestasi Jabulani. Mulai daripada pertahanan sehingga penyerang juga mengaku tidak berpuas hati dengan kualiti bola rasmi Piala Dunia 2010 itu.

Lionel Messi menjadi pemain terakhir yang masuk dalam senarai pemain yang kecewa dengan Jabulani. Penyerang Argentina itu menilai Jabulani sukar untuk dikawal.

"Bola ini sangat menyukarkan untuk penjaga gawang dan juga kami para pemain," katanya kepada Reuters.

"Saya berharap kami boleh terbiasa dengan bola ini kerana kami memang tidak punya pilihan lain," tegasnya di kem latihan Universiti Pretoria.

Tambah Messi, di skuad Argentina, dia memiliki peranan yang berbeza dengan di Barcelona dan dia gembira dengan posisi barunya itu.

"Saya bermain lebih ke dalam daripada kebiasaannya, sehingga mampu lebih dekat dengan pemain tengah, yang boleh memberi kesempatan saya bermain dan membuat saya lebih selesa," tegasnya.


LAGI BERITA
* Penjaga gol Algeria pula buat kesilapan Green
* Highlight Video kesilapan penjaga gol Algeria

BlogMalaysia.com

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic