Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

Mikel Arteta berjanji masa depannya bersama Everton musim panas ini kerana dia merasa terhutang budi kepada kelab setelah mereka membantunya melalui masalah kecederaan.

Manchester United sedang memantau Arteta atas perundingan kontrak baru, dengan Sir Alex Ferguson merancang tawaran £10juta untuk pemain berbakat dari Sepanyol itu.

Arsene Wenger juga dilaporkan berminat untuk menandatangani Arteta sebagai pengganti berpotensi untuk Cesc Fabregas, sekiranya Arsenal gagal untuk mengelakkan tawaran daripada Barcelona.

Kontrak Arteta di Goodison habis tahun depan dan telah terjadi kebuntuan dalam perundingan pada musim panas ini.

Tetapi pemain tengah itu – digugurkan daripada skuad Sepanyol ke Piala Dunia – dijangka untuk duduk dengan pengurus Everton David Moyes semasa pertandingan berlangsung di Afrika Selatan dan akan mengekalkan dirinya di kelab.

Moyes menyokong Arteta, 28, semasa kecederaan ligamen lutut serius pada bulan Februari 2009 memaksa dia keluar selama lapan bulan.

Dan sumber-sumber di Goodison Park mengatakan Arteta akan menolak potensi pindah ke United sebagai hutang kesetiaan kepada Everton.

Comments (5)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
kejujuran ke kesetiaan? cam tak sesuai je kejujuran.. hohoho
My recent post Pemenang Britain’s Got Talent 2010 yang Sangat Berbakat: Spellbound
1 reply · active less than 1 minute ago
sorry, BM fail..haha
My recent post AS Roma sah bawa masuk Adriano
ak ella ..ari tu ckp nak pegi man u..tak jadi plak dah..pastu chelsea nak pertahankan j cole tak nak bagi blah...kencing betul la media..mat salleh punya media lagi kuat kencing beb..hahaha..spekulasi..spekulasi
1 reply · active 787 weeks ago
spekulasi media la yg sbnrnyer menaikkan lagi nilai mana2 pemain...spekulasi jgk la yg drp xjd pindah, last2 akan pindah...=)
My recent post AS Roma sah bawa masuk Adriano
yaya betul ..siot je diorang ni

Post a new comment

Comments by

BlogMalaysia.com

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic