Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!


Carlo Ancelotti menegaskan Chelsea tidak mempunyai sebab untuk memasukkan Fernando Torres musim panas ini kerana mereka memiliki cukup penyerang pilihan di kelab.

* Frank Ribery mungkin tidak akan ke Chelsea
* Rooney mahukan lebih pemain berkualiti di United

Minggu lalu, pengerusi Liverpool Martin Broughton menolak cadangan Torres boleh meninggalkan Anfield malah dia mengatakan "tiada niat" dan "sama sekali tidak ada alasan" untuk menjual pemain itu, tetapi laporan sering mengatakan bahawa Chelsea dan Manchester City sedia untuk membuat tawaran.

Sementara Roberto Mancini disahkan minggu masih mencari peluang untuk mendaftar masuk Torres walaupun kehilangan peluang Liga Juara-Juara, Ancelotti mengatakan dia tidak memiliki alasan untuk membawa masuk penyerang Sepanyol itu musim panas ini.

"Torres adalah pemain hebat, tapi saya tidak fikir kita akan cuba untuk daptkan dia kerana kita mempunyai Didier Drogba dan Nicolas Anelka, "katanya. "Adalah sukar untuk berfikir tentang Torres bersama Anelka dan Drogba.

"Selepas final Piala FA, kita akan melakukan pertemuan dengan kelab, dengan Roman, dan sama-sama kita akan mengambil keputusan tentang musim depan. Saya tahu apa yang kami perlukan.

"Saya fikir kelab ini boleh melabur wang untuk pemain jika dirasakan perlu. Kami mampu melakukannya .. Jika tidak perlu, kita boleh menyimpan wang tersebut. Penandatangani pemain. bukanlah hal yang paling penting, kerana saya fikir kita punyai skuad yang sangat baik untuk musim depan.

"Ini bukan pasukan tua. Kami mempunyai pemain dengan pengalaman, dengan kemampuan, dengan kemahiran, jadi tidak perlu menghabiskan wang hanya untuk berbelanja. "

BlogMalaysia.com

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic