Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

Mantan bintang Arsenal, Alexander Hleb mendesak Cesc Fabregas untuk berfikir panjang dan keras tentang pergabungan dengan Barcelona, kelab yang mana pemain antarabangsa Belarus itu telah berjuang untuk memberi kesan besar sebelum pindah dari The Gunners pada tahun 2008.

Fabregas kini hanya menunggu masa untuk berpindah ke Camp Nou, selepas kapten Arsenal itu memaklumkan pada pengurus Arsene Wenger bahawa dia ingin bergabung dengan kelab tempat di mana dia memulakan kerjayanya.

Hleb berpindah dari Emirates ke gergasi Catalan pada tahun 2008, menandatangani perjanjian dengan nilai sebanyak £11.8juta selepas menikmati musim 2007-08 yang cemerlang dengan The Gunners.

Tetapi dia gagal untuk memantapkan dirinya di bawah Pep Guardiola, membuat hanya 17 permulaan penampilan dalam semua perlawanan ketika Barca memenangi treble pada 2008-09, dan berpindah ke Stuttgart secara pinjaman – dan menikmati kesebelasan utama musim lalu.

Dan Hleb, yang mendedahkan dia masih berhubungan baik dengan Fabregas, mendesak kapten Arsenal itu untuk mempertimbangkan sebarang kesan yang mungkin melibatkan perpindahan dalam kerjayanya.

"Saya tetap berhubungan selalu dengan Cesc dan sukar bagi saya untuk mengatakan apa yang harus dia lakukan," kata Hleb kepada The Sun. "Dia dan Gael Clichy keduanya pemain yang sangat baik yang harus membuat keputusan sendiri tentang masa depan mereka tetapi saya akan menasihati mereka supaya kekal ..

"Segalanya tidak berjaya untuk Arsenal musim ini tetapi, jika Arsene Wenger terus kekalkan skuad bersama, mereka benar-benar boleh pergi jauh tahun depan. Mereka bermain bola sepak dengan hebat .. Ini sebahagian daripada soal pengalaman dan Arsenal musim depan akan mempunyai lebih banyak jika semua orang tinggal. Segalanya sama rata, saya fikir mereka mempunyai peluang yang sangat baik untuk capai gelaran musim berikutnya. "

Comments (4)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
hehe.. whatever.. janji Man U mantap!! err.. mantap ke?
1 reply · active 783 weeks ago
Persaingan lebih sengit musim depan. Torres juga mungkin tidak pindah ke Barcelona atau Chelsea :)
My recent post Alexander Hleb desak Febregas supaya kekal di Arsenal
ek ele hleb..die tak succes gi tempat lain..die nak racun fabregas jgn blah plaks.
1 reply · active 781 weeks ago
Hleb gempak tuh kt Arsenal dulu...mesti dia xnk Fab jd mcm dia=)

Post a new comment

Comments by

BlogMalaysia.com

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic