Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

Shahir Si Pencuri - Episod Pertama

Posted by Tokabaut Friday, April 23, 2010 ,

SIRI CERPEN KOMEDI SEDIH – Hidup Yang Sekret

Bahagian/Episod : 1 – Shahir Si Pencuri
Genre : Rock
Penulis : fndrocka.wordpress.com

Komuter pada hari tu tak begitu sesak. Shahir sengaja mengelak dari menaiki komuter ketika ‘peak hour’, beramai-ramai dengan orang merimaskan Shahir. Shahir mengeluarkan iphone dari kocek seluar jeansnyaa. Setengah jam barulah Shahir dijangka sampai ke Shah Alam, nak jumpa makwenya, Ain. Sambil menjalankan ibadah blogwalking, Shahir kunyah-kunyah Twiesties perisa kari yang diletakkan di sebelah pahanya, tangan kiri memegang iPhone.

“Kreap..kreap” bunyi twisties rangup di mulutnya. Perempuan di sebelahnya seakan terganggu lalu menoleh kepada Shahir. Shahir yang sedar akan keadaan itu menoleh kepada perempuan di sebelahnya dan melihat ada riak ‘menyampah‘ di wajah perempuan itu. Shahir buat bodoh. Shahir terus Kreap-kreap dengan twistiesnya sambil tangan kiri pegang Iphone.

“Eh perempuan ni..apalah yang tak puas hati sangat..jeleslah tu aku ada Iphone.kui-kui-kui”, Shahir bermonolog. Shahir ni takde kena mengena dengan Akademi Fantasia..bekas ahli kumpulan Saujana pun bukan.

Tiba-tiba, Shahir terdengar “Kreap-kreap” dari sebelah. Perempuan tadi pun mengunyah dan mengeluarkan bunyi kreap-kreap. Shahir perhati perempuan itu. Bukan sebab cun macam Tiz Zaqyah, tapi sebab pada Shahir perempuan itu adalah sangat kurang ajar, tidak sopan dan macam haram. Selamba derk je tangan perempuan tu amik twisties dari sebelah Shahir dan masukkan dalam mulut. Aik..melampau!

Minit demi minit, perempuan tu terus kreap-kreap Twisties Shahir. Macam dah nak habis Twisties tersebut dimakannya. Shahir dah mula rasa panas, tapi perempuan di sebelahnya tampak senang hati dan relax, siap silang kaki lagi.

“Kalau aku bukan orang baik, dah lama aku sekeh perempuan ni“,bisik Shahir dalam hati. Geram dengan perempuan yang curi Twistiesnya, bukan soal mahal ke tidak. tapi soal attitude yang jelak. Shahir terus memendam geram, selagi boleh pendam, dia pendam.

Perempuan tadi angkat plastik Twisties perisa kari. Digoncangnya plastik twisties tu kemudian tersenyum dan berkata kepada Shahir. ” Tinggal sikit lagi, amiklah kalau nak”.

Shahir rampas dengan kasar plastik twisties lalu berdiri, komuter sudah tiba di stesen Shah Alam. “Kurang ajar betul lah kau..muka langsung tak terima kasih..tak pernah aku jumpa orang cam kau!”kata Shahir lepas geram pada perempuan tak dikenalinya itu. Dicapainya beg dan bergegas keluar dari komuter tanpa berpaling pada perempuan itu. 3 langkah keluar dari pintu komuter, perempuan tadi memanggil Shahir dan menghulur sesuatu kepada Shahir.

“Ini twisties kau tertinggal, kau salah letak pastu kau telan twisties aku pulak, tapi takpelah…never mind”. Pintu komuter tertutup. Shahir hanya terpaku melihat senyuman perempuan tadi di muka pintu komuter yang tertutup. Cun jugak perempuan ni.

Jadi, Twisties tadi adalah kepunyaan perempuan itu. TERLAMBAT! Shahir tak sempat untuk meminta maaf. Shahir tersandar sambil menyanyi lagu kebahagiaan dalam perpisahan. Kini dia menyedari bahawa dia lah sebenarnya yang kasar dan tak tahu berterima kasih! Shahir yang tidak sopan dan macam haram! Shahir lah pencuri Twisties itu!

***************************************************
Dalam hidup ini, kisah macam Shahir di atas, kisah pencuri Twisties seringkali berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kita sering berprasangka buruk dan melihat orang lain dari kaca mata kita sendiri tanpa cuba memahami.

Orang lainlah yang selalu salah.
Orang lainlah yang patut disingkirkan.
Orang lainkah yang tak sadar diri.
Orang lainlah yang berdosa dan harus diajar.
Orang lainlah yang selalu bikin masalah

Padahal,
Kita sendiri yang mencuri Twisties tadi
Kita sendiri yang tak tahu terima kasih
Kita sering mempengaruhi, mengomen, mencemuh pendapat orang atau penilaian orang.
Sementara yang sebenarnya adalah kita tidak tahu permasalahan orang lain.


BlogMalaysia.com

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic