Marton Fulop yang menyertai Manchester City secara pinjaman kecemasan dari Sunderland gembira dapat membantu City untuk menempatkan diri dalam slot Liga Juara-Juara musim hadapan.
Fulop dipinjam untuk Manchester City setelah penjaga gol utama mereka, Shay Given mengalami kecederaan bahu yang terpaksa diketepikan sehingga tamat musim.
City terpaksa meminjam Fulop memandangkan penjaga gol kedua mereka, Stuart Taylor turut cedera manakala penjaga gol ketiga mereka, Gunner Nielsen kurang berpengalaman.
Fulop, pemain Hungary ini sudahpun berlatih bersama-sama dengan pasukan barunya ini dan yakin dapat mengatasi tekanan untuk menghadapi Aston Villa Sabtu ini.
City kini hanya 1 mata di belakang Spurs yang berada di tangga keempat liga dengan masing-masing berbaki 3 perlawanan sahaja.
Marton Fulop gembira bantu City
2010-04-30T14:43:00+08:00
Tokabaut
Loan|