Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

Cerita lawak bodoh tidak kering gusi

Posted by Tokabaut Friday, April 23, 2010 , ,

KENCING


Satu hari Chot terbangun mlm. Dia nak terkencing. Dia pun 

masuk bilik air.

Chot sungguh terkezut bila lampu tu terbuka sendiri. 

Lepas kencing dia pun terus keluar dan dia tutup pintu 

toilet... Sekali lagi dia terkejut bila lampu toilet tu tertutup 

sendiri... 

Cepat-cepat dia kejut kan bini dia yang tengah lena tidur. 

Dia pun menceritakan hal yg terjadi kat toilet tadi..lampu tu 

terbukak dan padam sendiri. 

Bini Chot yang dalam keadaan sedar tak sedar tu pun 

berkata.. "Dah... dia buat dah perangai lama...
Awat


hang kencin dlm peti ais...???

NENEK DAN CUCU
Seorang nenek memukul bontot cucunya yang telah 

melakukan perbuatan yang tak sepatutnya...


Tiba-tiba ayah budak tersebut telah ternampak.... nak 

berdiam diri kesian pulak pada anaknya.. 

nak masuk campur.. 

tak berani...


Lalu setiap kali nenek itu mengayun rotan memukul bontot 

cucu, si ayah juga bertindak menampar muka 

sendiri.


Melihat tindakan si ayah yang agak pelik, si nenek segera 

berhenti memukul cucunya dan bertanya dengan 

penuh kehairanan pada si ayah.
"Kenapa engkau menampar muka sendiri?"


Jawab si ayah

"Anakku dipukul orang ... dan untuk membalas 

perbuatannya itu, aku telah memukul anak orang itu."

KISAH CACING
Ada suatu keluarga cacing sedang makan malam, bersama 

sama dengan saudara saudaranya. Sedang asyik 

makan, anak cacing yang paling kecil tanya kepada ibunya.


"Ibu, manusia itu apa...?" Tanyanya


"Hisssh.... kalau sedang makan jangan sebut manusia.. jijik." 

Kata ibunya.




PAK PANDIR
Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu 

lorong yang kecik semasa hendak pulang ke 

rumahnye. Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi 

dia terjumpe seketul taik yang masih panas. Tapi 

dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe

tu seketul taik. Oleh kerana kemusykilan yang 

teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk 

mengkaji sampel najis berkenaan.


Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, 

lalu dia berkata,

"Bentuk macam taik."


Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata, 

"Lembik...macam taik."


Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas 

tu dia berkata, "Bau macam taik."


Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik 

tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk mejilat 

sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik 

berkenaan dia pun menjerit... 

"MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!"




MALAM PERTAMA MALAM TERINDAH


Sang suami yang baru menikah merasa hairan melihat 

tingkah laku istrinya, yang pada malam pertama 

membuka jendela dan menatap ke langit melihat 

bintang-bintang.


Dengan jengkel suaminya berkata...

"Ada apa gerangan kau menatap langit di malam pertama 

kita ini?" 

Jawab sang istri,

"Menurut ibu saya, malam ini akan menjadi malam terindah 

selama hidup saya.


Jadi saya tak akan melewatkan sedetik pun keindahan 

malam ini, aku akan menatapnya sampai pagi




RAWATAN KECEMASAN


Seorang wanita menolong seorang mangsa kemalangan di 

tengah kerumunan orang ramai. Tiba-tiba seorang 

lelaki menghampirinya dan berkata dengan kasar...

"Puan ketepi...! Biar saya yang buat... saya baru saja tamat 

kursus rawatan cemas!"


Wanita itu ketepi dan memandang lelaki melakukan 

tugasnya... Jelas lelaki itu belum begitu mahir... 

Lalu...dengan tenang wanita itu berkata.


"Kalau akhirnya saudara memerlukan seorang doktor, saya 

ada di sini."




KENAPA  TAK KETAWA


Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak 

terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan 

gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik 

anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai 

persembahan.


Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita 

yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada 

apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri 

wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan.


Oleh kerana merasa tidak puashati.. seorang gadis segera 

bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja 

persembahan pelawak2 itu selesai.


" Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? " tanya 

seorang gadis kepada wanita itu.


"Sungguh kelakar,"jawab wanita itu singkat.


"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi?"

tanya gadis itu lagi.


"Tidak..", jawab wanita itu.


"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu 

ketawa", gadis itu masih tak berpuashati


"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami 

sendiri di khalayak ramai? " getusnya.




PENJAGA LANDASAN KERETAPI


Sarjo memohon perkerjaan sebagai penjaga lintasan kereta 

api. Dia dihantar berjumpa Pak Basri , ketua 

bahagian lalulintas,untuk diinterviu.


"Katakan ada 2 keretapi melalui jalan yang sama pada masa 

yang sama,apa yang akan kamu lakukan?," 

tanya Pak Basri.


"Saya akan pindahkan salah satu rel yg lain,"jawab Sarjo.


"Kalau handle untuk mengalihkan relnya rosak, apa yang 

akan kamu lakukan?"tanya Pak Basri lagi.


"Saya akan turun ke rel dan membelokkan relnya secara 

manual".


"Kalau tidak berfungsi atau alatnya rosak, bagaimana?".


"Saya akan balik ke pejabat dan menghubungi stesyen terdekat."


"Kalau telefonnya sedang digunakan?"


"Saya akan lari ke telefon awam yg terdekat?"


"Kalau telefon awam rosak?"


"Saya akan pulang menjemput nenek saya."
   
"Ooo....tapi kenapa pulak awak jemput nenek awak?" tanya 

Pak Basri kehairanan.


"Kerana seumur hidup nenek saya selama 73 thn , nenek 

saya belum pernah melihat keretapi berlanggar."

3 comments

  1. Anonymous Says:
  2. Ahhhh tiberrr

     
  3. Unknown Says:
  4. Cite KENCING tu bula baca sakit perot aq 🤣🤣🤣🤣🤣

     
  5. Unknown Says:
  6. Bile sry

     

BlogMalaysia.com

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic