Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

Chelsea melonjak semula ke tangga 2

Posted by Tokabaut Thursday, March 25, 2010


Chelsea melonjak semula ke tangga ke-2 EPL setelah membelasah Portsmouth 5-0 malam tadi waktu tempatan.

Kemenangan ini secara tidak langsung telah memberikan amaran kepada pendahulu liga Manchester United bahawa mereka tidak boleh leka dalam menghadapi perlawanan-perlawanan seterusnya.

Gol-gol Chelsea disumbangkan oleh Didier Drogba pada minit 32 & 77, Florent Malouda 50 & 60 sebelum Frank Lampard melengkapkan kemenangan bergaya mereka dengan gol ke 5 pada minit 90.

Lain-lain perlawanan, Manchester City tewas 0-2 di laman sendiri dengan Everton. Aston Villa mengalahkan Sunderland 1-0 manakala Blacburn Rovers mengalahkan Birmingham 2-1.

BlogMalaysia.com

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic