Showing posts with label Marouane Chamakh. Show all posts
Showing posts with label Marouane Chamakh. Show all posts
Chamakh sedia pindah ke Arsenal
Penyerang Bordeaux Marouane Chamakh telah pasti dia akan sertai Arsenal pada penghujung musim dan memberi kenyataan dia telah menolak tawaran daripada Tottenham Hotspurs dan Liverpool.Chamakh, 26, akan tamat kontrak pada musim panas ini dan telah lama dipercayai akan pindah ke Stadium Emirates, dengan Arsene Wenger juga berkata bulan lepas ada "kemungkinan besar" dia akan tiba.
"Saya berasa gembira untuk menjadi sebahagian daripada atmosfera bola sepak Inggeris," kata Chamakh kepada L'Equipe. "Ini sangat menakjubkan.
"Arsenal bukan satu-satunya [yang menawarkan tawaran]. Ada beberapa tawaran daripada Liverpool, Tottenham dan tawaran "gila" daripada Russia yang jauh lebih besar daripada England, tetapi saya fokus untuk bermain di Liga Inggeris.
"Bordeaux telah tawarkan saya sambungan kontrak yang hampir mustahil untuk ditolak, nilai tawarannya hampir sama dengan tawaran Arsenal.
"Saya sentiasa menyukai bola sepak Arsenal. Saya tahu saya boleh sesuaikan diri, tetapi saya ada pengalaman bermain hantaran pendek semasa bekerja bersama Yoann Gourcuff."
Dia menambah: "Saya menghitung hari - 11 hari yang pendek. Semakin masa berlalu, saya merasa pelik. Saya mengalami pelbagai emosi."
Chamakh memberitahu dia mungkin akan setuju untuk teruskan di Bordeaux sekiranya mereka tidak menangguhkan tawaran kepadanya.
"Mereka sepatutnya tawarkan kepada saya setahun lebih awal," katanya. "Saya rasa kelab dan saya tidak memahami antara satu sama lain. Amat jelas kepada saya jika mereka tidak tawarkan sambungan kontrak pada 2009, saya punyai hak untuk keluar, tetapi mereka telah menghalang saya pergi. Saya tidak mahu ambil."
Dia menambah: "Benar saya hampir mengalah [terima tawaran baru] tetapi, pada Februari, saya telah membuat keputusan. Adalah tidak logik untuk sambung kontrak baru dengan pelepasan klaus selepas menolak tawaran Arsenal musim panas lepas."
Chamakh, telah berada di Bordeaux sejak berusia 10 tahun, berasa dia sudah bersedia untuk pergi ke Liga Inggersis.
"Di Bordeaux, saya ibarat budak kecil kelab," katanya. "Di London, saya tidak akan menjadi budak kecil lagi. Saya telah dewasa, saya punyai banyak perkara untuk dibuktikan dan saya amat bermotivasi untuk bersama mereka."
Pengurus Arsenal Arsene Wenger meminta peminat percaya kepada penilaian beliau ketika beliau sedang cuba untuk menguatkan pasukan pada musim panas ini.
*Sergio Aguero ke Chelsea?
Wenger yang kehilangan perancang berharga seperti Robin Van Persie dan Cesc Febregas akibat kecederaan -mengaku satu ada dua tambahan diperlukan untuk memastikan Gunners mampu bersaing mendapatkan piala musim hadapan. Bagaimanapun beliau mahukan urusan jual beli dilakukan secepat mungkin.
Arsenal dipercayai sudah sah akan mendapat khidmat pemain dari Morocco, Marouane Chamakh secara percuma apabila kontrak beliau bersama Bordeaux tamat musim ini. Kelab juga turut dikaitkan dengan pemain Ajax Luis Suarez dan pertahanan Palermo Simon Kjaer.
"Mereka perlu percaya kepada kami. Sejarah membuktikan kami melakukan dengan baik ketika musim perpindahan," kata Wenger. "Musim panas lepas kami membeli Thomas Vermaelen, tiada siapa mengenali beliau dan sekarang beliau sudah berada dalam pasukan tahun ini, jadi mereka harus percaya kepada apa kami lakukan. Seperti biasa kami cuba menjadi bijak, mengambil berat dan menjaga kelab ini pada jalan yang betul."