Patrice Evra sedia untuk keluar dari Manchester United musim panas ini - dengan Real Madrid dan Inter Milan sedia membayar £ 18 juta.
Pertahanan penuh Perancis, 28, ini dipercayai mahukan cabaran baru.
Rakan baik Evra iaitu bekas rakan sepasukan di United Cristiano Ronaldo mengesyorkan dia pindah ke Real.
Sejak perpindahan bernilai £7j dari Monaco 4 ½ tahun yang lalu, Evra telah membuktikan dirinya sebagai salah satu pertahanan kiri terbaik di dunia.
Dia memiliki dua tahun baki kontrak ketika ini dengan nilai transaksi sekitar £80k seminggu.
Jika dijual akan memberikan United keuntungan lumayan dari pemain yang nilainya akan menurun musim depan dengan hanya satu tahun baki kontraknya.
Nemanja Vidic telah membuat keputusan untuk kekal di Manchester United, dan menegaskan dia akan menolak sebarang tawaran daripada kelab-kelab besar Eropah jika datang pada musim panas ini.
Khabar angin mengatakan bahawa pertahanan ini akan keluar dari Old Trafford seringkali berulang musim ini, dengan alasan mengatakan isteri Vidic tidak gembira di England untuk meretakkan hubungan antara pemain Serbia ini dengan Sir Alex Ferguson.
Barcelonan, Real Madrid dan Ac Milan semuanya dikaitkan dengan perpindahan Vidic, tetapi dia berkata sudah serik untuk menjawab soalan-soalan berkaitan masa depan dan menegaskan komitmen yang diberikan di padang sebagai bukti kukuh dia gembira di juara Liga Inggeris.
"Sila beritahu saya kelab mana boleh saya pergi yang lebih baik daripada Manchester United?" kata Vidic kepada Daily Mirror. "Tidak banyak kelab di dunia anda boleh pergi dan menjadi lebih baik. Saya gembira di sini. United menjadi sebahagian besar daripada perkembangan diri saya. Saya hormati segala yang telah saya lakukan di sini. Saya akan cuba usaha dan memberi yang terbaik di padang selagi saya mampu.
"Saya sudah penah bercakap tentang masa depan. Saya berikan yang terbaik di United dan sentiasa cuba untuk terus melakukannya. Saya fikir komitmen tersebut menjelaskan apa yang saya fikir. Saya tidak boleh menghalang orang berkata tentang masa depan saya tetapi saya sentiasa bersedia, fokus dan memastikan saya dapat mengelak kecederaan."

Paul Scholes percaya Manchester United mampu untuk memenangi kesemua baki perlawanan
untuk memastikan trofi EPL kekal milik mereka.
United melalui musim sukar pada kali ini dengan pesaing 4 tempat teratas bersaing dengan sengit. Mereka bernasib baik kerana seteru utama mereka Chelsea hanya mampu seri dengan Blackburn pada hari Ahad lepas.
Bagaimanapun, United perlu mengatasi halangan daripada Chelsea, Manchester City dan Tottenham sekiranya mereka mahu memastikan kemenangan trofi EPL 4 musim berturut-turut dan ke 19 untuk kelab iaitu lebih 1 berbanding rekod yang dipegang oleh Liverpool.
Scholes juga mengingatkan rakan sepasukannya bahawa mereka tidak boleh memandang rendah dengan keupayaan Arsenal yang dibarisi pemain-pemain muda kerana mereka mampu mencipta kejutan. Arsenal kini hanya 2 mata dibelakang United.


