Tokabaut News

Kini bukan sekadar Bola. Macam-macam ada!!!

Showing posts with label Luka Modric. Show all posts
Showing posts with label Luka Modric. Show all posts

JAVIER Hernandez percaya semangat sepasukan tinggi di Manchester United membantunya mula mencipta impak berkesan sejak perpindahannya pada musim panas lalu ke Old Trafford.

Hernandez menjaringkan kedua-dua gol ketika United mengatasi Stoke City 2-1 pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) Ahad lalu dan turut menjaringkan gol kemenangan ke atas Wolverhampton Wanderers dalam saingan Piala Liga Selasa lalu.

Tidak hairan ketika penyerang utama Wayne Rooney masih dibelenggu kecederaan begitu juga bintang veteran Michael Owen, pemain antarabangsa Mexico berusia 22 tahun itu dijangka berganding dengan Dimitar Berbatov mengemudi serangan ketika United menanti kunjungan Tottenham Hotspur malam esok.

“Apa yang paling penting adalah tidak ada wira - ia semuanya mengenai usaha sepasukan dan gol jaringan saya adalah kerana bantuan rakan-rakan,” kata Hernandez atau lebih dikenali dengan nama ‘Chicharito’, nama yang tertulis di belakang jersinya.

“Mereka mempercayai saya begitu juga kakitangan kelab. Ia satu peluang yang bagaikan sukar dipercayai buat saya untuk bermain dengan kelab terbesar di dunia, Manchester United. Saya bekerja keras kerana saya mahu kekal di sini lama dan memenangi banyak trofi kejuaraan.”

Dia berkata: “Saya gembira dan sering berkata gol adalah sebahagian daripada pasukan.

“Ia adalah permainan mengenai sebuah pasukan. Kami bermain dengan 11 pemain dan ada tujuh pemain menanti di luar padang, tidak kiralah siapa saja yang menjaringkan gol.”

Hernandez sudah disukai ramai rakan sepasukannya termasuk pemain veteran Gary Neville yang berkata: “Dia [Hernandez] seorang yang baik. Dia bekerja keras, terlalu bersungguh-sungguh.

“Dia berhak menerima pujian. Dia menjaringkan banyak gol untuk Manchester United.”

Setakat ini, Hernandez yang sebelum ini menyarung jersi Guadalajara dalam Liga Mexico, sudah menjaringkan enam gol dalam 11 perlawanan buat United dalam semua pertandingan.

Ketika Hernandez menuju puncak, bintang Tottenham, Luka Modric menegaskan penyokong Spurs boleh mengharapkannya kembali berada pada prestasi terbaik dalam beberapa minggu akan datang bermula dengan perlawanan menentang United.

Modric kembali menonjolkan diri ketika seri 1-1 menentang Everton Sabtu lalu selepas apa yang disifatkan sebagai musim turun naik pemain tengah Spurs itu.

Selepas berkorban di Inter Milan ketika pertemuan Liga Juara-Juara Eropah minggu lalu kerana penjaga gol Heurelho Gomes dibuang padang, pemain berusia 25 tahun itu mencuri tumpuan bertindak sebagai ketua pasukan menentang Everton.

Pemain antarabangsa Croatia itu berasakan dia mula meraih kembali persembahan yang membuatkannya menjadi pemain kesayangan peminat dan berharap untuk terus menyinar apabila Spurs berdepan Manchester United di Old Trafford.

“Memang selalunya sukar menentang Everton dan ini pastinya sama,” kata Modric.

“Saya fikir ini adalah permainan terbaik saya setakat ini musim ini. Saya berasa bagus dan lebih bagus setiap perlawanan dan saya mula bermain dengan lebih baik.

“Saya fikir kami berhak menang (menentang Everton),” kata perancang utama Spurs itu. “Kami tidak bernasib baik gagal melaksanakan beberapa peluang.

“Kami adalah pasukan yang bekerja keras untuk mencatat kemenangan tapi tidak menemui jalan penyelesaian pada babak kedua.”

Pemain tengah Tottenham Luka Modric telah menandatangani kontrak baru selama enam tahun dengan kelab sekaligus menidakkan laporan tentang kemungkinan pindah ke Manchester United musim panas ini.

Chelsea sedang merancang untuk perpindahan Luka Modric bernilai £20j menurut laporan di akhbar hari Selasa.

Carlo Ancelotti telah diberitahu dia mempunyai dana untuk menguatkan jenteranya pada musim panas ini selepas pemilik Roman Abramovich kagum dan berpuas hati dengan kemenangan gelaran Liga Perdana penuh gaya musim ini.

Dan yang berada dalam senarai pertama sasaran Ancelotti adalah bintang tengah Tottenham Modric, yang telah menikmati musim bintang sebagai Spurs merebut tempat keempat dalam Liga Inggeris dan tempat dalam Liga Juara-Juara.

Jika Chelsea membawa masuk pemain Croatia ini, akan menjadi saat akhir untuk Joe Cole meninggalkan Stamford Bridge.

Pembicaraan untuk kontrak baru bagi bekas bintang West Ham dianggarkan telah ditolak dan dia akan meninggalkan kelab secara pemindahan bebas pada akhir musim.

Dia bahkan boleh menggantikan Modric di Spurs di mana pengurus lamanya di West Ham Harry Redknapp sekarang pengurus Spurs.

Chelsea juga tidak menafikan akan peruntukkan lebih dana untuk membawa masuk Fernando Torres, walaupun mereka harus bersaing dengan Manchester City untuk tanda tangan bintang Sepanyol itu.

BlogMalaysia.com

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic